Fizikawan di makmal fizik zarah KEK di Tsukuba, Jepun, telah menemui satu zarah sub-atom yang mereka tidak dapat terangkan menggunakan teori-teori semasa. Dinamakan X(3872), ia ditemui di antara hasil reputan meson-meson 'bawah' di "kilang 'bawah'" KEK. Jisimnya yang bernilai 3.9 GeV tidak dapat diterangkan sebagai daripada satu binaan kuark-antikuark seperti dalam meson biasa, dan berkemungkinan merupakan intaian awal keadaan-keadaan empat-kuark.