dengan fizik ke mana-mana...
|
|
Richard
Stallman,
pengasas perlesenan perisian GNU pada 1984, dan pengasas Yayasan Perisian
Bebas (FSF), ialah pemegang Sarjan Muda Fizik dari Universiti Harvard 1974. |
|
Silterra Malaysia Sdn. Bhd.,
pembikin wafer semikonduktor di Kulim, mengumumkan perlantikan Jalaluddin
Mohd. Jarjis sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya pada Julai 2004.
Jalaluddin juga prinsipal Artisan Encipta Ltd., yang juga ditubuhkannya dalam
tahun 2002, suatu syarikat pengurusan dana teroka yang berjaya menarik jutaan
dolar dari pelabur antarabangsa. Beliau menerima pendidikan dalam bidang
fizik dari Universiti Drew di Amerika Syarikat dan Universiti Lund di Sweden,
terbabit dengan pengajaran dan penyelidikan di Universiti Sains Malaysia, Bell
Laboratories di Amerika Syarikat, Universiti Canterbury di New Zealand dan
Imperial College, London, dan pernah bekerja sebagai penganalisis pelaburan
di Rashid Hussain Bhd dan di Pesaka Jardine Fleming Sdn Bhd. |
|
|
|
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Menteri
Pulau |
|
Pada tahun 1989-91, Tim
Berners-Lee telah merekacipta Jaringan Seantero Dunia (World Wide Web).
Beliau membaca fizik di Queen's College di Universiti |
|
|
Richard Jonathan Parker (BSc Fizik 1975 dari
Imperial College, Universiti London), FRAEng, merupakan Pengarah Kejuruteraan
dan Teknologi, Aeroangkasa Awam, Rolls-Royce plc, United Kingdom (2004). |
|
Juruterbang Nasaruddin (Fizik’91, UKM) memandu pesawat 747 dari dan ke New York (2005). |
|
|
Angela
Merkel (PhD
Fizik 1978) yang berasal dari Hamburg, menjadi wanita pertama yang dilantik
Canselor negara Jerman, pada tahun 2005, setelah berkecimpung dalam bidang
politik semenjak 1989 semasa di Jerman Timur lagi. |
|
Christoph Keller (http://www.christophkeller.com/)
belajar fizik dan hidrologi di Berlin, dan kemudian telah menjadi seorang
profesional dalam seni tampak. Beliau telah mengadakan banyak pertunjukan
termasuk di London dan New York. Hasil seninya agak ‘berbeza’! |
|
|
|
Seorang
jurutera kualiti lepasan Jabatan Fizik Universiti Malaya, S Vanajah,
telah dipilih 2006 di antara empat calon angkasawan pertama Malaysia. |
|
Rajah Kumar ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif kepada Kumpulan Syarikat-syarikat Philips di Malaysia (2006), dan
telah menjalani pengajian dua ijazah, dalam Fizik dan Kejuruteraan
Elektronik. Beliau telah berkhidmat dengan Philips semenjak 1971 dan di
merata tempat termasuk di Belanda dan di Asia Barat. |
|
|
|
Adzlin
Hana Mohd Sari,
Sarjana Muda Fizik dgn Elektronik UMS 2003, juga finalis Personaliti Celcom
Metro 05/06, ialah Pegawai Sains Fizik di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital
Kuala Lumpur (2006), yang membabitkan pengendalian bahan dan peralatan
radioaktif untuk perubatan. |
|
Profesor N. Selvanathan,
Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya
(2004-2005) merupakan graduan BSc(Hon) dalam bidang fizik dari universiti
yang sama. |
|
Setelah 30 tahun, pemain
gitar utama kugiran Queen, Brian May, telah menyiapkan tesis
PhDnya dalam bidang astrofizik di Imperial College, London, 2007. |
|
|
|
Datuk Profesor Azizan Abu
Samah mempunyai ijazah pertama dalam bidang fizik dan pernah menjadi
Ketua Jabatan Geografi dan Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial di
Universiti Malaya, sementara juga ketua Program Antartika Malaysia (2007).
Beliau di antara rakyat Malaysia pertama yang menjejak kaki di benua
antartika pad tahun 1999. |
|
|
Dr Geoff Stephenson,
PhD Fizik 1950, telah menjadi Reader dalam matematik pada tahun 1965 di
Imperial College London. Beliau telah menubuhkan Pusat Nasihat Matematik di
situ yang telah membantu dalam lebih 4,000 masalah matematik dalam
penyelidikan sains dan kejuruteraan, dalam 21 tahun, sehingga 2005. |
|
Felix Weinberg, PhD Fizik, adalah Profesor
Emeritus di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Imperial College, London, 2006. |
|
|
Graham Tuttle (BSc Fizik 1971, PhD 1974)
telah berkhidmat dengan IBM di Hampshire, UK, lebih-kurang 30 tahun. Beliau
memimpin pasukan yang mencipta siri MQ dan memulakan Pusat Teknologi Java.
Beliau meninggal dunia sebagai Pengarah Pemajuan Perisian di situ. |
|
Ketua Penyelidik Keselamatan
Siber di MIMOS (2007), Profesor Ridza Wahiddin, pernah menjadi Ketua
Jabatan Matematik Universiti Malaya. Beliau adalah graduan fizik. |
|
Dr Keith E. Seal (BSc
Fizik 1963) merupakan Saintis Utama, Pertubuhan Senjata Atom di UK (2006). |
|
Sea Lord Kedua dan Ketua
Pemerintah Naval Home Command UK, Naib Laksamana Sir Adrian J.
Johns KCB adalah graduan fizik Imperial College (1972, 1973). |
|
Dr Simon L. Singh (Fizik 1987, Imperial
College) ialah penulis dan penyampai TV/Radio. |
|
|
Dr Minni
Ang, (BSc
Fizik, 1989, Universiti Malaya) ialah pengasas Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi
Manusia di Universiti Putra Malaysia dan pernah menjadi Ketua Jabatan
tersebut. Kini menerajui (2008) syarikat berkaitan muzik. Banyak menghasilkan
Banyak menghasilkan komposisi muzik dan persembahan muzik. |
|
Dekan Jabatan Pengajian
Undang-undang Semasa, yang juga Profesor di Fakulti Undang-undang Meiji
Gakuin University, Yokohama, Jepun (2008), Dr Tatsumasa Tsurugai mempunyai
ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik Zarah Keunsuran. |