Apa Itu Fizik


Adakah anda pernah memikirkan apa itu lohong hitam dan kenapa ia dipanggil hitam, bagaimana alam semesta terbentuk dan ke mana ia menuju, kenapa langit biru dan senja merah, bagaimana kapalterbang boleh terbang,...? Inilah beberapa di antara banyak soalan yang ditanya oleh ahli fizik. Mungkinkah di dalam diri anda juga wujud semangat fizik yang akan muncul?

Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi - strukturnya dan dinamiknya - dari skala yang terkecil seperti elektron dan kuark kepada yang terbesar seperti alam semesta.

Pelanggar zarah bertenaga tinggi 27 km garislilit CERN di Geneva bagi mengkaji zarah terkecil Pemandangan di hujung semester menerusi teleskop angkasalepas medan dalam Hubble

Fizik ialah mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.

Pengajian fizik merangkumi mekanik, termodinamik, elektronik, astronomi dan lain-lain, dan kini berkembang pula ke dalam bidang-bidang baharu seperti biologi molekulan, nanoteknologi dan ekonomi dan kewangan. Kemajuan dalam fizik juga telah memepengaruhi arah-arah berfikir dalam matematik dan juga dalam falsafah.

Secara praktiknya, fizik ialah penggunaan taakulan niskala ke atas perkara-perkara dunia fizikal. Ahli fizik berusaha untuk memerihalkan, dalam bahasa matematik, struktur-struktur dan salingtindak-salingtindak yang membina semesta, daripada komponen terkecil - zarah subatom seperti kuark dan lepton - kepada kelompok-kelompok galaksi tersangat besarnya, dan setiap skala saiz di antaranya - seperti dalam tindakbalas nukleus, salingtindak atom dengn cahaya, ciri-ciri pepejal, dinamik celaru cecair, dan evolusi bintang dan galaksi, di antara banyak aplikasi lain. Ini membabitkan pengajian dan pengaplikasian hukum-hukum asas alam, termasuk hukum gerakan, graviti, keelektromagnetan, haba, dan salingtindak mikroskopik. Menerusi kajian pergerakan, penyebab-penyebab perubahan gerakan, ciri pukal jirim, fenomena elektrik dan magnetan, dan cahaya, ahli fizik telah menerangkan kimia, menemui sinar-X, semikonduktor, dan superkekonduksian, dan telah mengesan isyarat daripada kelahiran kosmos. Ia ialah asas bagi sains gunaan dan kejuruteraan yang telah membawa dunia kita daripada kereta kuda kepada jet supersonik, daripada lilin kepada laser, daripada pos kuda kepada telefaks, daripada manik sempoa kepada cip komputer.

Ahli fizik terus menerokai yang sangat laju, yang sangat kecil, yang sangat jauh, yang sangat kompleks, dan juga yang paling biasa. Samada persoalannya ialah asal-usul jisim, organisasi timbunan pasir, pemecahan simetri daya semasa tiga saat perawal selepas pembentukan semester, ataupun komposisi superkonduktor terhangat, ahli fizik menjangkakan jawapannya akan padan - akhirnya, kalau tak pun - ke dalam satu kerangka yang am dan menyeluruh. Tiada bidang pengajian pernah mengumpulkan lingkungan pengetahuan yang lebih luas, dan mengorganisasikannya seanggun fizik. Namun, masih banyak untuk dipelajari! Fizik adalah bidang pengajian penuh pengujaan di mana penemuan masa depan bakal terus mengubah dunia dalam cara yang tidak terjangkau imaginasi terliar kita.

Fizik ialah usaha manusia menangani ketakpastian dan perubahan, memberi kita pandangan dalam yang bernilai ke dalam dunia yang berfungsi walaupun ada ketakpstian ini dan sebab ada perubahan ini.


balik ke jabatan fizik