Click the Microsoft Windows XP logo to return to the start of the Tour
 

 

  Fasiliti Icons*
Aktiviti Windows*
Maklumat Taskbar*
Penyelidikan Start*
Galeri Foto Files and Folders*
Latihan Control Panel*
Balai Cerap Ending Your Session*

 

 PENYELIDIKAN

 Kajian-kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik di Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik adalah      tertumpu kepada bidang Astronomi & Astrofizik dan Fizik Atmosfera.

 Projek-projek  penyelidikan yang dijalankan oleh Makmal ini ialah seperti berikut;

 TEMPAT-TEMPAT CERAPAN

Aktiviti cerapan untuk kerja-kerja pengambilan data penyelidikan dijalankan di beberapa tempat cerapan di Malaysia seperti;

  1. Baitul-Hilal, Telok Kemang N. Sembilan

  2. Balai Cerap KUSZA, Merang Terengganu

  3. Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tg. Bidara Melaka

  4. Balai Cerap Fizik Angkasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

 KERJASAMA PENYELIDIKAN

Buat masa ini, Kumpulan Fizik Angkasa Jabatan Fizik sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk mengendalikan projek-projek berikut:

  1. Kajian Kebolehnampakan Hilal

  2. Kajian Fasa-Fasa Bulan

  3. Kajian Pemupusan Atmosfera

  4. Kajian Kecerahan Langit

  5. Kajian Pembiasan Cahaya oleh Atmosfera

Selain daripada bekerjasama dalam kerja-kerja cerapan pengambilan data penyelidikan, Kumpulan Fizik Angkasa juga membantu dalam memberi latihan pengendalian teleskop kepada semua peserta Bengkel Teleskop yang diadakan pada setiap tahun anjuran JAKIM dan disertai oleh  Pegawai-Pegawai Agama seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak, Kursus MABIMS anjuran ILIM, Kursus Asas Falak Syarie anjuran Pejabat Mufti Negeri Selangor dan lain-lain lagi.

 

   
 

                                                            Kembali ke Halaman Depan