Click the Microsoft Windows XP logo to return to the start of the Tour


  

 

UNIVERSITI MALAYA

   
 

Fasiliti Fasiliti*
Aktiviti Aktiviti*
Maklumat Maklumat*
Penyelidikan Penyelidikan*
Galeri Foto Galeri Foto*
 
Latihan Maklum Balas*
Balai Cerap Fizik Ending Your Session*

PENGENALAN

Angkasa ialah ruang yang hampir hampagas wujud melampaui atmosfera bagi semua jasad dan sistem jasad yang ada di dalam alam semesta. Ruang yang terbentang luas ini samada ia finit atau infinit masih lagi belum dapat diselesaikan atau dipastikan. Maka ramai saintis berminat di dalam bidang ini dan menerokainya melalui bidang Matematik, Kejuruteraan dan Fizik. Bidang-bidang seperti Astronomi, Astrofizik, Kosmologi, Teknologi Angkasa Lepas, Kejuruteraan Angkasa Lepas, Mikrosatelit dan lain-lain lagi tumbuh bagai cendawan untuk menerokai angkasa ini.

MAKMAL FIZIK ANGKASA

Makmal Fizik Angkasa (MFA) yang terletak di tingkat 3 Blok C, Jabatan Fizik telah diwujudkan pada bulan Oktober 1998 di bawah penyeliaan Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin dengan hanya seorang kakitangan sokongan dan beberapa pelajar projek tahun akhir. Peralatan cerapan yang ada pada masa itu hanyalah 3 buah teleskop manual yang didermakan oleh sebuah persatuan dari Jepun dan sebuah teleskop Celestron 14”. Sehingga tahun 2005, peralatan yang terdapat di makmal ini semakin bertambah selaras dengan perkembangan penyelidikan astronomi terkini. Sebuah Balai Cerap telah siap dibina dan mula digunakan pada 16hb Jun 2005 dan dilengkapi dengan Sistem Teleskop 14" dengan Pelekap Robotik (ME Paramount). Dengan adanya Pelekap Robotik ini, teleskop boleh dikawal dari jauh (Romote Control). Pelajar yang mengambil projek tahun akhir juga semakin bertambah iaitu seramai 121 orang (104 orang pelajar Jabatan Fizik dan 17 orang pelajar dari Akademi Pengajian Islam), 3 orang pelajar telah menamatkan Ijazah Sarjana (MSc), 4 orang lagi sedang mengikuti pengajian Sarjana (MSc) dan 2 orang lagi sedang mengikuti pengajian PhD.

 

MAKLUMAT PENYELIDIKAN

 

PENGUMUMAN [MALAM TAUTAN MUHIBAH MFA]

Kepada semua bekas pelajar projek astronomi Makmal Fizik Angkasa (MFA), Jabatan Fizik yang berminat untuk menyertai MALAM TAUTAN MUHIBAH MFA; 

Tarikh : ( cadangan anda dialu-alukan )

Sila hubungi Prof. Dr. Mohd Zambri,  email : mzz1@um.edu.my

        atau

Makmal Fizik Angkasa, Pn. Saedah/Cik Nazhatulshima

Tel    : 03-79674100

email : fizikangkasa@yahoo.com.sg

 

   

          INFO TERKINI :

* Video Planet Zuhal yang dicerap menggunakan Teleskop Celestron 14" + ToU Cam (270s - 10 Feb. 2007)

* Cerapan Hilal Rejab 1428 akan diadakan di Telok Kemang, Negeri Sembilan pada 15-16 Julai 2007.

* Konvesyen Falak Selangor 2007 akan diadakan di KISAS, Klang pada 20-21 Julai 2007.

* Ekspo Penyelidikan, Rekacipta & Inovasi UM 2007 akan diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya pada 26-28 Julai 2007.

 

 

 

 

Hubungi Kami:

  • Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

  • Tel    : 03-79674100

  • Email : saeh@um.edu.my

               

                     Balai Cerap       Suasana Di Dalam Makmal         Balai Cerap

 

 

 

 Hak-Cipta Terpelihara oleh Makmal Fizik Angkasa

 Jabatan Fizik, Universiti Malaya.

[25 November 2003]

 

Last Updated : 14th Mei  2007