Click the Microsoft Windows XP logo to return to the start of the Tour


 

   

 

 

 

 

 

 

     LATIHAN KEMAHIRAN

 

Makmal Fizik Angkasa menawarkan pelbagai bentuk latihan kemahiran dalam bidang Sains Angkasa. Latihan kemahiran ini terdiri daripada Teknik Cerapan Hilal, Teknik Astrofotografi, Teknik Pengendalian Teleskop, Teknik Penyelenggaraan Teleskop, Teknik Pengimejan dengan menggunakan kamera CCD, kamera SLR dan kamera digital.

Latihan kemahiran ini melibatkan aspek teori dan amali. Kami juga bersedia mengadakan latihan mengikut program atau modul yang dicadangkan oleh pihak yang memerlukan latihan tersebut. Jangkamasa latihan bergantung kepada pemohon. Latihan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat samada dalam sektor swasta ataupun awam dalam  dan luar negara.

Peserta akan diberikan sijil diakhir latihan.

Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Makmal Fizik Angkasa Jabatan Fizik, Universiti Malaya

 

_______________________________________________

 

Peserta Luar Negara Yang Telah Menyertai Latihan

    1. Mr. Saad Mohamed Alshehri

         King Abd Aziz City for Science & Technology

         Institute of Astronomy

         P.O. Box 6086 Riyadh

         11442 Saudi Arabia

 

Latihan kemahiran yang telah diikuti ialah teknik Cerapan Hilal, teknik  mengambil imej hilal menggunakan kamera SLR dan digital, teknik menggunakan kamera CCD dan teori-teori yang berkaitan. Jangkamasa latihan ialah 7 minggu (11 Jun - 22 Julai 2005).