|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Thursday, 09 October 2008 |
Makmal Fizik Angkasa (MFA) yang terletak di tingkat 3 Blok C, Jabatan Fizik telah diwujudkan pada bulan Oktober 1998 di bawah penyeliaan Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin dengan hanya seorang kakitangan sokongan dan beberapa pelajar projek tahun akhir. Peralatan cerapan yang ada pada masa itu hanyalah 3 buah teleskop manual yang didermakan oleh sebuah persatuan dari Jepun dan sebuah teleskop Celestron 14”. Sehingga tahun 2005, peralatan yang terdapat di makmal ini semakin bertambah selaras dengan perkembangan penyelidikan astronomi terkini. Sebuah Balai Cerap telah siap dibina dan mula digunakan pada 16hb Jun 2005 dan dilengkapi dengan Sistem Teleskop 14" dengan Pelekap Robotik (ME Paramount). Dengan adanya Pelekap Robotik ini, teleskop boleh dikawal dari jauh (Romote Control). Pelajar yang mengambil projek tahun akhir juga semakin bertambah iaitu seramai 121 orang (104 orang pelajar Jabatan Fizik dan 17 orang pelajar dari Akademi Pengajian Islam), 3 orang pelajar telah menamatkan Ijazah Sarjana (MSc), 4 orang lagi sedang mengikuti pengajian Sarjana (MSc) dan 2 orang lagi sedang mengikuti pengajian PhD.
| |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 17 December 2008 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Thursday, 09 October 2008 |
Angkasa ialah ruang yang hampir hampagas wujud melampaui atmosfera bagi semua jasad dan sistem jasad yang ada di dalam alam semesta. Ruang yang terbentang luas ini samada ia finit atau infinit masih lagi belum dapat diselesaikan atau dipastikan. Maka ramai saintis berminat di dalam bidang ini dan menerokainya melalui bidang Matematik, Kejuruteraan dan Fizik. Bidang-bidang seperti Astronomi, Astrofizik, Kosmologi, Teknologi Angkasa Lepas, Kejuruteraan Angkasa Lepas, Mikrosatelit dan lain-lain lagi tumbuh bagai cendawan untuk menerokai angkasa ini. Maklumat Penyelidik | |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 09 October 2008 )
|
|