| |
Balai Cerap Fizik
Angkasa Jabatan Fizik terletak di atas bukit berhampiran dengan Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
dengan keluasan kawasan lebih kurang 30'x50' dan keluasan tapak
bangunan 10'x12'. Balai Cerap ini digunakan untuk aktiviti pengambilan data penyelidikan, pengajaran,
latihan dan kemahiran dalam bidang Fizik Angkasa.
Ia menempatkan sebuah
Teleskop Celestron 14" dengan Lekapan Paramount ME Robotik. Selain itu,
ia juga menyediakan kemudahan peralatan seperti SBIG kamera CCD Model ST-6,
ST-7E, ST-8, STL-1001E, SBIG Stellar Spektrograf, SBIG Star Tracker Video (STV),
Coronado SolarMax60 Teleskop, Optec Fotometer SSP-5A, Alat
Pengukuran Fluks (Integrating Sphere), LaCrosse Stesyen Cuaca,
Teleskop Meade LX200 12", Teleskop Meade LX200 GPS 10", Teleskop Celestron
8" Ultima, SBIG Adaptif Optik (AO-7), kemudahan internet, jam bintang dan
lain-lain lagi.
Kajian yang dijalankan di Balai Cerap ini
seperti Spektroskopi, Fotometri, Pengimejan (Deep Sky Object), Matahari (Suar
Suria, Medan Magnet dan Tompok Matahari), Kecerahan Langit, Adaptif
Optik dan Fasa-fasa Bulan.
Balai Cerap ini merupakan sebahagian
daripada kemudahan yang akan digunakan untuk program latihan dan kemahiran
dalam bidang astronomi terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru,
persatuan-persatuan, agensi-agensi kerajaan dan orang awam.
Pada tahun 2007, Malaysia akan menjadi
tuan rumah untuk mengendalikan program International School Young
Astronomer (ISYA 2007). Salah satu kemudahan yang dicadangkan untuk
digunakan dalam program ini ialah Balai Cerap Fizik Angkasa dan segala
kemudahannya.
kembali ke hadapan |
|