Kemungkinan-kemungkinan
rujukan:
Objektif
topik: Secara
kasar, pelajar harus memahami fungsi, struktur dan ciri-ciri yang diinginkan
bagi sistem operasian.
|
Sistem operasian - perisian sistem yang meniskalakan antaramuka kepada pelbagai sumber yang disediakan oleh perkakasan dan perisian sistem tahap rendah; dan yang mengurus sumber-sumber ini. ♦
sumber-sumber terpencil dapat dikongsi
secara berkesan ♦ pengaturcara boleh gunakan sumber sistem dengan mudah [pengguna disediakan dengan suatu mesin maya] |
Contoh
sistem operasian: UNIX, CP/M, DOS, Linux, MacOS, Windows NT, MVS, Solaris
Di antara tugas sistem operasian:
berkomunikasi dengan pengguna (menerusi antaramuka
perintah, yang menerima perintah daripada pengguna: menentukan kemesraan
pengguna sistem) dan dengan aturcara mereka (menerusi antaramuka
aturcara, yang menyediakan perkhidmatan apabila diminta)
menjadualkan perlakuan proses-proses
serempak (multitugasan) untuk
menggunakan pemproses pusat secara selang-seli (kongsian masa), dan mengurus komunikasi di antara
proses.
mengendalikan misalnya permulaan kerjaan dan
sesi, sangkutan kerjaan dan sesi kepada pengguna tertentu bagi tujuan kuasaguna
dan pengakaunan, dsb
kerjaan: suatu unit tugasan yang diserahkan oleh
pengguna (dalam sistem kelompok misalnya) yang mungkin mengandungi suatu siri
aturcara-aturcara yang dijalankan oleh suatu set proses yang mungkin berjalan
secara berjujukan
sesi: suatu set tugasan yang dispesifikasikan menerusi
arahan-arahan yang ditaip pengguna pada suatu terminal
mengawal peranti seperti pencetak, terminal,
cakeras, modem, peranti dalaman (jam, dsb),
dll: permulaan, permintaan dan penungguan pemindahan data, penanganan ralat,
dsb.
pelbagai jenis peranti → pemacu
peranti (perisian) yang boleh
ditambah kepada sistem operasian sedia ada
biasanya gunakan petaan ingatan dan/atau
sampukan
mengurus berkenaan masa, misalnya menentukan sesuatu
proses dijalankan pada masa tertentu, dalam sistem
masa sebenar, atau jika diarahkan demikian, dsb
mengawal penggunaan ingatan utama, terutama
dalam kes multiproses dan multipengguna – peruntukan, penempatan semula,
perlindungan, dsb
juga membabitkan silih sementara data
dari/ke cakeras (data/aturcara yang tak diperlukan
seketika itu disalinkan ke cakeras untuk membebaskan bahagian ingatan berkenaan
bagi tujuan lain) → penghalamanan;
sistem ingatan maya
mengimplementasi sistem fail: pembacaan,
penulisan, organisasi, kawalan capaian; samada secara tempatan atau juga
teragih
fail – sumber niskala yang
klasik bagi storan jangka panjang
menangani ralat yang boleh berlaku termasuk
ralat perkakasan (misalnya dalam peranti, ingatan,
saluran) dan ralat perisian (dalam aturcara
sistem atau gunaan, misalnya limpahan aritmetik, suruhan tak sah, rujukan
kepada ingatan tak sah). Ralat dikesan, dan pembaikpulihan dibuat dgn
cara yg tidak menjejaskan perjalanan sistem atau proses berkaitan.
bertanggungjawab sistem tetap berjalan dgn
betul
melindungi data dan aturcara daripada capaian
tak patut, termasuk melindungi sesuatu proses daripada proses lain, sesuatu
proses daripada sistem operasian, sistem operasian daripada proses dan sistem
operasian daripada dirinya (asingkan ingatan,
lindungi penggunaan suruhan berhak istimewa dari proses tanpa kuasa, dll).
memantau telatah dan prestasi sistem, dan
telatah tak patut dari pengguna dan proses
menjejaki penggunaan sumber (masa pemproses pusat, ingatan, dll) oleh pengguna
(misalnya dalam mengimplementasikan kuota
penggunaan, atau untuk mengenakan bayaran)
pemasangan sistem operasian, pengubahsuaian
cirinya untuk persekitaran tertentu, memulakan operasi biasa (but)
setelah penutupan atau ralat serius, memelihara maklumat pengguna dan
rekod sensitif yg lain, memberi sambutan sesuai kepada apa-apa situasi pelik yg
mungkin berlaku
memelihara prestasi yang sebaik mungkin
Pelbagai jenis sistem operasian:
Pemantau – primitif; memantau perjalanan pemproses dgn
masukan data dan paparan alatdaftar
Penyelia –
kawal masukan/keluaran juga mis. SOS utk IBM 709
(akhir 1950an)
Sistem kelompok
(batch) – kerjaan dilarikan satu persatu (1960an)
Sistem
multilaluan / pemantau mesin maya – sebilangan kerjaan dilarikan serentak
(secara kongsian masa) mis. OS/360 utk IBM siri 360
dan 370
Pelaku masa
sebenar / pengawal proses – sistem di mana permasaan peristiwa sebenar adalah
genting mis. RT-Linux
Sistem
pengguna tunggal mis. DOS, Windows 3.x
Sistem
multipengguna, multitugasan mis. UNIX, Linux, VMS
Sistem
teragih – mengawal beberapa sistem yg bersambung dlm rangkaian mis. NOS, LOCUS
Struktur sistem operasian:
Inti – lapisan paling dasar sistem
operasian, yang berhubung dengan perkakasan
menyediakan persekitaran di mana proses-proses
boleh wujud:
-
penanganan
sampukan
-
menukar
penggunaan pemproses dari proses ke proses
-
mengimplementasikan
mekanisme untuk komunikasi dan kordinasi antara proses (semafor, ingatan
kongsian, hantaran mesej, pengarahan semula masukan/keluaran,
paip,…), termasuk mengelakkan kebuntuan dan pemulihan [Model pelanggan-pelayan boleh digunakan untuk
komunikasi antara proses]
Proses – unit-unit bebas tugasan yang
dijalankan, misalnya satu kerjaan kelompok, cangkerang satu sesi log masuk,
satu larian aturcara
perjalanan proses-proses dikawal
oleh inti dan diselang-selikan – bahagian inti ini dikenali sbg penyerah
atau penjadual aras rendah
bila sesuatu proses tamat, atau
habis masa yg dijadualkan, atau
tidak dapat diteruskan kerana
berlaku
sampukan atau
proses
menunggu sesuatu atau
perangkap
ralat menggantung perjalanan proses sementara ralat ditangani
penyerah menjalankan proses
seterusnya yg ada dlm baris gilir proses menurut keutamaan
gambarajah
keadaan:

bila proses ditukar, gantian
konteks dibuat dalam ingatan (parameter bagi proses
lama dipindah keluar, parameter bagi proses baru dipindah masuk)
struktur
proses dan barisgilir proses boleh diwakilkan sebagai struktur berpautan:

Bebenang – aliran kawalan di antara proses;
proses boleh menelurkan proses anak dst
mengongsi sumber-sumber proses
Pemacu
peranti – menentukan
bagaimana berkomunikasi dgn peranti
dua aspek: ♦ (API) – antaramuka aturcara
penggunaan
♦ antaramuka inti/pemacu
Pemacu
peranti UNIX: 3 bahagian – • peawalan sistem, • peawalan operasi peranti, • penangan sampukan peranti;
operasi terhadap peranti
sama seperti operasi fail – buka, tutup, baca, dsb
DMA (capaian terus ingatan):
-----
Ruang
sistem – ingatan (aturcara, data) sistem operasian yg terlindung.
Ruang pengguna
– ingatan pengguna
Pengguna
boleh meminta khidmat dari sistem operasian menerusi panggilan sistem (suruhan perangkap sistem operasian → tukar ke mod sistem/penyelia → cabang tak terus ke titik masuk
fungsi yg diinginkan)
atau hantaran mesej (bina mesej yg memerihalkan
yg dinginkan → hantar ke suatu proses
sistem operasian → tukar ke mod
sistem/penyelia → hantar mesej ke proses
yg jalankan fungsi berkenaan → hantar hasil menerusi mesej balik
ke proses pengguna)

pengurusan
ingatan: pengsegmenan (jimat ruang) lwn penghalamanan (mudah diurus)
Kongsian
sumber: multipleks ruangan,
multipleks masaan
Struktur fail:
Fail
dikandungkan ke dalam struktur direktori dan subdirektori (yg juga sejenis fail)
berbentuk pepohon.
Direktori
paling teratas – direktori fail induk atau direktori akar (‘/’ atau ‘\’).

Struktur
pepohon boleh diwakilkan dalam struktur berpautan:

fail – panjang bolehubah – distor
sebagai blok-blok
beberapa
kaedah:



Sistem pengguna
Multipengguna
– beberapa pengguna boleh log masuk pada ketika yang sama, setiapnya dgn
persekitaran masing-masing
Superpengguna/akar
- pengguna yg mempunyai kuasa menjalankan suruhan-suruhan berhak istimewa
Ciri sistem operasian
keserentakan
kongsian
ingatan
jangka panjang
ketaktertentuan
(boleh beri sambutan kpd peristiwa-peristiwa yg
berlaku dlm jujukan tak tertentukan)
Ciri sistem operasian yang baik:
Kecekapan – masa min di antara kerjaan-kerjaan harus
rendah
masa nganggur pemproses
pusat harus rendah
masa sambutan harus
rendah
penggunaan sumber harus
optimum
kadar kerja (kerjaan per
jam) harus tinggi
dll
Keboleharapan
– bebas ralat
boleh
menangani semua kemungkinan
Kebolehpeliharaan
– peningkatan dan pembetulan ralat
mudah
⇒ sistem
bermodul; antaramuka antara modul terdefinisi jelas; dokumentasi baik
Saiz kecil
– jimat storan, kurang kemungkinan
ralat, lebih laju, boleh digunakan dalam sistem terpendam
Konsep Sistem Terbuka (Open Systems)
Sistem
terbuka – suatu
sistem yang mengimplementasikan spesifikasi keterbukaan yang secukupnya untuk
antaramuka, perkhidmatan, dan format sokongan yang membolehkan perisian
penggunaan yang dibina bersesuaian dialih ke atas pelbagai jenis sistem dengan
perubahan minimal, bersaling operasi dengan penggunaan lain di atas sistem
tempatan dan jauh, dan bersaling tindak dengan pengguna dalam gaya yang
memudahkan keteralihan pengguna.
Spesifikasi
keterbukaan – suatu
spesifikasi awam yang dipelihara oleh suatu proses persetujuan awam yang
terbuka, untuk merangkumkan teknologi baru semasa dan yang konsisten dengan
piawaian-piawaian.
Ciri dan
kelebihan sistem terbuka:
◊
perisian
penggunaan, data, dan sumber manusia mudahalih di antara sistem perkakasan
berlainan
◊
penggunaan
dan sistem boleh bersaling operasi
◊
kebebasan
daripada perkakasan atau persekitaran perisian tertentu atau pergantungan kepada
pembekal tertentu
◊
kebolehlenturan
untuk mengubah dan membesarkan persekitaran komputeran terhadap keperluan yang
berubah dan untuk memilih landasan penggunaan terbaik bagi setiap masalah
◊
kebolehan
menggabungkan penggunaan, maklumat, dan sistem dari sumber-sumber berlainan
untuk memberikan persekitaran yang padu dan berhasil
◊
kerundingan
yang lebih terhadap pembekal sistem dan penggunaan akibat manfaat daripada
perihalan jelas keperluan sistem
Contoh
sistem operasian terbuka: UNIX System V
Contoh spesifikasi
keterbukaan: POSIX (Portable Operating System Interface –
Antaramuka Sistem Operasian Mudahalih)