Kemungkinan-kemungkinan rujukan:
Objektif topik:Pelajar harus sedar
tentang prinsip asas
Internet, dan perkhidmatan utama yang wujud.
|
Internet – Antarangkaian yang menyambung rangkaian-rangkaian komputer di dunia menjadi satu rangkaian besar dan tunggal. |
Internet
– rangkaian komputer seluruh dunia, menggunakan TCP/IP
Alamat – setiap hos
dikenali oleh nombor IP yg berbentuk xxx.xxx.xxx.xxx di mana xxx ialah suatu nombor
di antara 0 dan 255
Juga, hos dikenali oleh alamat DNS (Domain Name
System – sistem nama
domain) berbentuk nhos.ndom di mana nhos
ialah nama hos mis.
pc22, dan ndom ialah nama
domain mis. com atau edu.my atau um.edu.my
Penterjemahan nombor IP ke DNS dan sebaliknya
dilakukan oleh pelayan
DNS yang bertindak
secara bekerjasama dgn pelayan DNS lain apabila maklumat
dikehendaki tiada di pelayan DNS pertama
Di antara perkhidmatan
yg wujud:
WWW:
HTTP (protokol pemindahan
hiperteks – hypertext transfer protocol)
– protokol di antara pelayan
web (yang mengurus penghantaran dokumen web yg disimpan di atas hos tertentu)
dgn penyemak
seimbas/pengimbas/peluncur web (yg memaparkan
dokumen web di atas hos pelanggan)
Laman/tapak web – (paparan) dokumen web yang berkaitan dengan sesuatu hos atau subdirektori tertentu
atau fail tertentu di atas hos itu, yang biasanya dalam bentuk hiperteks
URL – penempat
sumber semesta (universal resource locator) – ‘alamat’ bagi laman web atau lain-lain sumber, mis. http://nhos.ndom/sdir/nfail.html iaitu fail nfail.html dalam subdirektori sdir di atas hos nhos di domain ndom menggunakan protokol HTTP
Hiperteks – teks
(atau grafik dsb) yang
mempunyai pautan kepada teks
(dsb) lain, yang boleh dicapai
menerusi mis. klik
suatu punat tetikus – membolehkan maklumat diatur secara kemas dan mesra

HTML (bahasa penaikan/tokokan hiperteks
–hypertext markup language) – digunakan utk
menandakan bagaimana teks
(dan grafik dsb) dalam
sesuatu dokumen web harus dipaparkan, dan utk mendefinisikan pautan ke dokumen lain
mis.
|
<b>bold</b> <i>italics</i><br>lain <hr> <img src="http://nhos.edu.tg/gambar.jpg"> <hr> <a href="http://fizik.um.edu.my">laman fizik</a> |
memberikan:
|
bolditalics lain
|
Java – bahasa (berorientasikan
objek) bagi arahan di atas dokumen
web yang membolehkan pelayan web mendefinisikan
aturcara utk dijalankan
oleh (penyemak seimbas) pelanggan – membolehkan mis. animasi
dsb
Skrip – set arahan
dalam dokumen web untuk dituruti
oleh pelayan, mis. CGI, Javascript –
membolehkan mis. maklumat
diproses, pangkalan data dicapai,
dsb
Gerbang – laman web yang menjadi ‘pintu
masuk’ (menerusi pautan hiperteks)
kpd laman-laman lain dalam kategori
tertentu
Agen/robot
perisian –
perisian yg menjelajah
laman-laman web di internet (menerusi mis. pautan di antara mereka) utk melakukan sesuatu mis. mengutip
maklumat dsb.
Enjin gelintaran – memberikan maklumat tentang laman web
yg mengandungi teks
tertentu – biasanya ada agen
yg mengumpulkan maklumat berkenaan ke atas pangkalan data yg digelintar oleh enjin gelintaran mis. Yahoo, Google, dsb
XML – bahasa penaikan spt
HTML tetapi mengandungi juga maklumat
tentang jenis data yang diberikan oleh teks, dan bukan semata-mata
bentuk format yg caranya teks patut dipaparkan,
dengan itu membolehkan pemprosesan maklumat
dalam dokumen web
mis.
|
<pelajar>
<nama>Abu Bakar</nama>
<major>Fizik</major>
<matrik>SES020301</matrik> </pelajar> |